Selasa, 24 Ogos 2010

Kosong + Isi + Isi - Buang = Sembelit

GREEN FIT

Bulan Puasa mula menjelma, maka bermacam-macam "style" manusia menerima kehadiran Ramadhan dek kerana perut yang memboyot tu dah tak boleh diisi hingga ke malam. Ada yang mengeluh, ada yang bersyukur (mungkin kerana boleh "save bajet" atau mungkin benar-benar ikhlas). Tapi ada juga yang suka mengambil kesempatan untuk mencari pengalaman berniaga juadah berbuka walaupun seumur hidup tak pernah masuk dapur pun......

Ada pula segolongan jenis manusia yang menjadikan kesempatan ini mencari bermacam aneka jenis makanan, tak kira berat, ringan, lembut ataupun keras asalkan boleh melantak atau mentekedarah time berbuka nanti. Ada yang sampai tersengkak (tersandar macam ular sawa kekenyangan). Sampaikan nak bersolat Terawikh pun dah tak boleh bangun, silap-silap Isyak pun lebuh........

Malangnya ramai yang tahu memenuhkan temolok tetapi tidak ambil kisah tentang membuang sisa dari perut yang kotor, apatah lagi sisa yang tidak dibuang menjadi toksin dan racun yang boleh memudaratkan tubuh badan.

Makanan yang pelbagai dijual di gerai-gerai atau bazar Ramadhan kebanyakannya tidak menitik beratkan aspek kebersihan dan kualiti makanan, asalkan sedap dan menarik pelanggan sudah mencukupi. Segala jenis bahan perasa dan pewarna makanan yang mengandungi bahan kimia ditambah dalam resepi-resepi makanan serta minuman yang dijual.

Mengabaikan dan memandang enteng perihal membuang najis secara normal menyebabkan masalah SEMBELIT kerap kali berlaku sekalipun di bulan Puasa, meskipun berpuasa merupakan cara mengubat masalah perut tetapi bagaimana pula cara berbuka? Maka punca masalah Sembelit yang berlaku ialah ketika berbuka, cara berbuka puasa yang tidak mengikut Sunnah iaitu berhenti sebelum kenyang dan tidak mengamalkan makan secara bersederhana. So, nak tau sebab musabab SEMBELIT terjadi eloklah dibaca sendiri;

Sebab-sebab berlakunya sembelit

  • kurang fibre tetapi lebih makanan berlemak dan gula
  • kurang minum air
  • selalu menahan diri daripada membuang air besar
  • kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan
  • sebab-sebab emosional seperti tekanan perasaan
  • berkaitan dengan hormon seperti mengandung dan datang haid. Bagi yang mengandung – hormon progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus menyebabkan berlakunya sembelit. Di samping itu, janin yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit
  • penyakit-penyakit seperti lupus, sclerosis, parkinson dan penyakit endocrine (kencing manis, hypothyroidism)
  • ubat-ubatan seperti ubat narcotik seperti ubat batuk yang mengandungi codeine, diuretik, anti-histamine, anti-depressant, ubat gastrik yang mengandungi aluminium atau kalsium
  • makanan tambahan seperti zat besi (iron supplement)
  • irritable bowel syndrome / spastic colon (selalunya orang yang menghadapi masalah ini juga mengalami cirit-birit)
  • penggunaan laxative (ubat sembelit) yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya sembelit. Ubat ini selalu digunakan oleh mereka yang ingin mengurangkan berat badan mereka. Contoh ubat ialah senna (Senokot) dan bisacodyl (Dulcolax)
  • penyakit-penyakit usus seperti diverticulitis. Selalunya ia berlaku bersama-sama dengan demam dan sakit perut (bahagian bawah)
  • untuk bayi – terdapat susu formula yang agak kuat. Ini menyebabkan berlakunya sembelit
  • untuk orang tua – oto-otot perut dan usus menjadi semakin lemah bila usia meningkat. Di samping itu, orang tua juga selalunya kurang melakukan aktiviti seperti senaman

Tiada ulasan: